• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Elliza Razak

  • Home
  • Siapa Elliza?
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • INTEREST
    • Family
    • Parenting
    • Make Up
    • Business
    • Singing
    • Skin
    • Travel
    • Health
    • Beauty
    • Life
You are here: Home / Beauty / 5 Tips Penjagaan Kulit Muka

5 Tips Penjagaan Kulit Muka

12 March 2019 by elliza Leave a Comment

Hallo!! Hallo!! Hallo!! Kopi O ke Milo!!! Sihat tak semua?

Harini ni hakak nak share cerita lain sikit. Bukan cerita misteri, percintaan atau sebagainya. Tapi nak share macam mana cara penjagaan kulit muka yang hakak selalu amalkan sejak sekolah menengah lagi.

Anyway, segala produk yang hakak share dalam ni bukan untuk hakak menjual. Tapi sebab memang hakak gunakan setiap hari. Product bertukar-tukar setiap zaman. Tapi yang ni hakak bagitau produk paling latest hakak gunakan tau.

1. Basuh Muka Setiap Hari

Wajib Basuh Hari-Hari Okay?

Memang lah kena basuh kan hari-hari? Tapi korang jangan tak tahu. Ada je orang yang suka basuh muka tanpa sabun pencuci muka tau. Guna air wuduk saja katanya. Kadang-kadang ada yang cuci muka guna sabun buku tu ha. Hey!! Tak boleh ya! Sabun macam tu mana sesuai weyh! Boleh menyebabkan kulit muka korang lagi rosak tau.

Setiap kulit muka tak sama jenis kulit nya. Ada yang berminyak dibahagian “T” di muka. Ada yang berminyak bahagian pipi sahaja. Dan ada yang berminyak sampai seluruh muka. Siap boleh goreng telur lah kalau cakap pasar ni. Kihkih. Jangan marah haa.

Jadi, muka setiap individu tu memang perlu menggunakan pembasuh muka yang sesuai. Jangan main hentam je. Kalau macam kulit hakak ni, berminyak di bahagian T je. Tapi takde lah teruk sangat. Consider muka akak tak sensitif sangat lah.

Jadi hakak lebih suka menggunakan pembersih muka yang diperbuat dari bahan semulajadi seperti “Aloe Vera” atau pun “Green Tea” atau pun “Tea Tree”. Sebab hakak sebenarnya suka bau dia. Rasa fresh semacam!

“Green Tea”
“Aloe Vera”

2. Pakai Mask

Korang pernah tak kalau pergi Watson ke, Guardian ke, nampak dekat kaunter tu ada sederet “mask” yang murah-murah tu? Kadang-kadang harga ada yang sampai RM1.90 lah sekeping. Korang boleh je pakai tu jugak.

Jangan risau lah sayang! Kalau tak bagus, tak kan lah diorang berani nak letak dekat kedai jualan macam tu? Macam hakak ni, bedal je segala apa jenis “mask” yang boleh dipakai. Asalkan bahan-bahannya di perbuat dari “Aloe Vera”, “Green Tea”, madu dan segala jenis bahan yang “natural”.

Pakai yang “daily mask” tau.

Ada lah satu masa dulu tu, hakak pergi Korea. Fuh!!! Memang “heaven” habis lah dekat “Myeong Dong” tu. Dekat situ penuh satu jalan kedai untuk penjagaan kulit. Dah lah murah Ya Rabbi pulak tu. Memang hakak borong satu guni bawak balik Malaysia. Bukan untuk dijual. Tapi untuk pakai dan bagi kat kawan-kawan hakak.

Tapi ingat tau sayang-sayang semua. Masa tengok packaging tu, pastikan ambil “mask” yang jenis boleh pakai “daily”. Hakak ni bila tiba masa rajin yang tak tentu hala, hari-hari hakak akan pakai “mask” setiap malam. Tu sebab hakak pilih yang “daily” punya. Sebab tak kuat sangat “chemical” nya.

3. Buang “Titik Hitam”

Fuh sasterawan betul hakak rasa bila hakak tulis “Titik Hitam” ni. Kau ingat ni cerita keinsofan ke acamne? Ahaks! Maksud hakak ialah “blackhead”. Selalu nyabenda ni akan membiak beranak-pinak dengan sewenang-wenang nya di bahagian hidung dan bawah bibir.

Jadi, apa yang korang perlu buat ialah dengan melekatkan sticker yang di panggil “Pore Pack” untuk menanggalkan segala pokodot-pokodot halus di bahagian yang nak ditanggalkan tu. Buat benda ni seminggu sekali tau. Janji?

Gambar Sekadar Hiasan Je Tau

Macam hakak, hakak selalu beli yang brand “Biore Pore Pack” warna hitam gedegang tu. Dia punya kuasa tarikan lagi layan gila. Rasa macam hutan belantara hakak tengok dekat sticker hidung tu lepas tarik. Hahaha!

4. Boleh Makeup, Tapi Cucilah!

Haa!!!! Ini lagi satu!! Korang yang suka makeup tebal-tebal tu. Bila balik rumah, sila lah cuci muka tu buang segala makeup di muka tu. Bukan apa, nanti pori-pori kulit korang tertutup.

Nak tau tak sebab apa tak elok bila pori kulit muka kita tertutup? Sebab peluh kita tak boleh keluar dari liang roma kulit kita. Bila tak boleh keluar, makanya segala kuman akan menghidupkan suasana yang meriah lah dalam tu. Itu lah kenapa tumbuhnya jerawat. Haaa.. Faham kan?

Bagaimana jerawat terjadi.

Makanya, korang jangan lah mengeluh kalau muka sensitif lah, itulah , inilah. Sebab sejak azalinya, korang sendiri malas nak cuci sungguh-sungguh kan bila balik rumah tu. Hahaha! Jangan ketawa sorang-sorang lepas baca ni tau.

5. Minum air secukupnya

Okay, yang ini adalah antara cara yang paling-paling wajib korang kena ikut. Kena minum air yang bersih secukupnya. Selalukan orang kata, kena minum 8 liter sehari kan? Jadi, ikut jelah tau. Jangan degil. Kata nak cantik kan?

Kadang kalau muka cantik ala-ala pelakon Thailand pun, tapi kalau muka berkeruk pun takleh nak over claimed sangat yang diri tu cantik kan? Hehehe. Sekarang ni, penjagaan kulit muka ni bukan sebab nak cantik semata-mata. Tapi lebih kepada kesihatan diri.

Hakak anak-beranak minum dari mesin air ni.

Korang nak tau tak? Ada je disebabkan penyakit dikulit muka ni sampai tahap boleh jadi penyakit yang besar tau sampai tahap kena buat operation segala. Isk! Takut lah! Ni soal hidup dan mati uiii!!! Jangan main-main!

Jadi silalah jaga kulit muka elok-elok tau. Lepas ni kalau hakak ada lagi tips-tips tambahan yang boleh dikongsikan, hakak war-warkan disini okay?

Adios Amigos!

Filed Under: Beauty, Make Up, Skin

Previous Post: « Penyakit Atau Sikap?
Next Post: PERIHAL ANAK KECIL »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • ADUH GELINYA!
  • RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS
  • HANTU DURIAN
  • CARA KAUM HAWA BAWA KERETA
  • JAUHI MEDIA SOSIAL KETIKA MARAH

Recent Comments

  • AkulahDuniaku on SPORTS DAY CEKODOK HAMBA
  • AkulahDuniaku on LELAKI KIRIMAN KARIPAP
  • AkulahDuniaku on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Ellie Rahman on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Siti norshila binti othman on Busuknya Rumah Kau Jah!

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Beauty
  • Business
  • Family
  • Health
  • Life
  • Make Up
  • Parenting
  • Singing
  • Skin
  • Travel
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Elliza Razak on the Foodie Pro Theme