Harini hakak nak share sikit pengalaman yang hakak nampak sendiri depan mata hakak. Cewah! Bunyi macam seram je kan? Secara terang nya memang xnampak berapa seram. Tapi korang sendiri tengok lah gambar sendiri.
Selalunya orang yang penting kan kesihatan yang akan ada kesedaran macam ni kan? Hakak ni bila tak nampak depan mata kadar, hakak pun sejenis yang tak ambil endah sangat bab-bab yang dianggap remeh ni.
TEMPAT BERADU
Semua umat manusia di dunia ni mesti mempunyai sekurang-kurang yang satu tilam kan? Yelah. Untuk korang tidur dalam rumah kan. Macam-macam jenis tilam yang ada jual sekarang ni. Jenis kekabu lah. Jenis latex (getah 100%) lah. Jenis spring lah. Eh macam-macam. Hakak sendiri tak expert sangat bab tilam ni.
Tapi korang sedar tak yang tilam tu dijamin bersih 100% ke? Bayangkan lah kita yang ada tilam berumur sampai 20 tahun. Tapi tak pernah dibersihkan. Nampak macam takde apa-apa kan? Lapik cadar, kawtim lah kiranya. Oh tidak geng! Segala benda yang tak berapa elok yang kita tak nampak hidup berdikari dan beranak pinak tau dalam tilam kita yang empuk tu.
TAK SAMPAI SETAHUN PAKAI
Hakak ni baru je pindah dekat rumah baru ni. Rumah baru ni kosong. Memang hakak kena beli segala jenis perabot lah. Start pindah pada bulan Ogos 2018. Tapi start betul-betul duduk pada bulan September 2018. Sebab nak kena siapkan lengkap rumah hakak yang kosong ni kan. Hehe. Makanya hakak beli lah tilam baru buln sembilan tahun lepas.
So nak dijadikan cerita, satu syarikat penapis air dan udara ni, keluarkan satu service terbaru. Dan service tu dipanggil “Mattress Cleaning Service”. Untuk starting ni mereka bagi peluang untuk pengguna-pengguna product mereka try test dulu. So hakak menjadi salah satu pengguna bertuah lah dapat buat service tu.
Dalam hati, isk tak kan lah boleh sedut semua benda tak elok dalam tu. Biasalah, bila tak nampak dengan mata kasar, memang tak berapa nak yakin. Sekali, baru je testing sedut untuk tengok level mana kekotoran tilam kita, depan mata ni ha. Terus berdiri bulu roma dan tengkuk. Ya Allah geli siot! Padahal baru 8 bulan je pakai tilam ni.
Nah tengok lah betapa berdebu nya tilam hakak ni. Lepas tu orang tu explainkan sambil guna mikroskop khas yang boleh connect dengan handphone diorang. Yang warna kuning-kuning tu ialah najis bed bugs dalam tilam ni. Yang besar sikit titik hitam tu adalah mayat serangga tu tadi. Masa tu lah hakak rasa nak muntah, takut dan sebagainya. Weyh! Hari-hari kot tido dengan segala bendasing tu. ðŸ˜
PROPER PROCESS
Hakak perati je sambil technician (which is kawan kami jugak dalam satu team dulu) ni duk explain apa step yang dia akan buat dekat katil hakak ni. Mula-mula masuk rumah pun dah pakai sarung kaki yang jenis pakai buang tu. Umakaih! Betul-betul jaga kebersihan merek ni.
Hakak duk ingatkan depa cuci tilam ja. Sekali dengan frame-frame sekali depa cuci weyh! Syiok sungguh lah! Rasa macam tido dekat tilam baru malam ni. Haha!
Mula-mula dia sedut dulu frame katil kita bersih-bersih. Lepastu dia lap guna kain khas yang dah disediakan oleh Coway sendiri. Lepas settle semua pembersihan bingkai katil hakak, terus dia start sedut segala sudut tilam hakak tu. tepi kanan, kiri, depan, belakang, bucu bawah, bucu atas, eh semua lah!
Dan satu je hakak salute. Kuat gila depa ni buat kerja sorang-sorang. Nasib baik ada encik suami boleh bantu dia angkat tilam. Kalau takde, memang dia akan buat sendiri je tau. Hakak rasa, lepas setahun diorang ni kerja, confirm sado badan mereka serupa orang angkat besi. 🤣
HAKAK TAK SANGGUP
Disebabkan lepas melihat segala kekotoran yang ditunjukkan oleh technician tu tadi, makanya hakak trus “onz” langgan setahun punya terus cuci tilam setiap 4 bulan.
Tak mahal mana pun around RM400 ke RM600 lebih ikut pada size katil. Okay lah tu. untuk kesihatan kan. Dari pergi ke hospital selalu duk ambil ubat sesaja. Baik kita cari jalan mencegah. Itu lebih baik.
Salah satunya sebab, anak-anak hakak ni sensitive sangat. Eczema & asthma berpisah tiada. Asyik tergaru-garu sana sini. Salah satu nya ialah tempat tidur kita lah. Sebab pepijat ni memang suka makan sel-sel kulit mati, peluh dan sebagainya. So dia tinggalkan kesan dekat kulit manusia ni lah. Tu yang jadi gatal semacam tu.Pepijat tu sangatlah bahaya. Dan ya betul, bahawasanya pepijat ni memang akan bina istana negara dalam tilam kita yang empuk tu kalau tak jaga langsung!
Kesian weyh terutama anak-anak kecil yang kena tu la. Kita kalau kena pun duk gatal tergaru sana-sini. Bayangkan anak kecil yang tak tau apa-apa.
“MENCEGAH LEBIH BAIK!”
Okay guys. Take action sebelum jadi yang lebih teruk pada kita dan keluarga kita tau. Kesihatan mana boleh dijual beli kalau kita tak jaga betul-betul kan?
Berjumpa lagi di next entri.
💋XOXO💋
Leave a Reply