• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Elliza Razak

  • Home
  • Siapa Elliza?
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • INTEREST
    • Family
    • Parenting
    • Make Up
    • Business
    • Singing
    • Skin
    • Travel
    • Health
    • Beauty
    • Life
You are here: Home / Family / ATE SAPE OGHANG KUALER?

ATE SAPE OGHANG KUALER?

27 April 2019 by elliza Leave a Comment

Ahah!!! Kali ini, hakak tetiba rasa semangat lain machiam nak sembang dalam ni. Sebab hakak nak cerita sikit pasal negeri yang hakak membesar sejak umur 0 tahun sampai 35 tahun.

Masjid Ubudiah adalah satu petanda yang paling gah selain dari beberapa yang menjadi petanda Kuala Kangsar ni. Cantik kan? 😍

Hakak memang duduk di kuale dari sejak lahir sampai lah berumur 21 tahun. Yesss! Memang hakak sejenis anak bongsu yang bawah ketiak mak. Eh ada aku kesah? Biarlah orang nak kata anak manja ke apa ke. Dah sah memang aku ni anak manja ha…

ANAK JATI ORANG PERAK

Sesiapa yang pernah berkawan dan bercakap dengan hakak, memang on the spot akan tau akak ni berasal dari mana. Sebab slang Perak hakak ni tak kan pernah hilang walaupun dah 14 tahun menetap di Kuala Lumpur. Tak tau lah nak kata, tapi lidah ni memang tak boleh nak ubah bunyi dia. Walaupun banyak cakap bahasa Key-Ell ni, tetap idgham tu masih bunyi perak. Haha!

“Ate mengkeme paham ke ape benda duk tuleh dekat gambo ateh ni yeop?”

PERAK MACAM PARIS

Hakak start 21 tahun ke atas memang hakak dah start hidup di kotaraya Kuala Lumpur sebab masa tu dapat masuk AF3 kan. Makanya banyaklah aktiviti yang hakak kena buat lepas keluar AF3 tu. dan seterusnya meneruskan kehidupan sebagai insan yang kerdil di Kuala Lumpur ni.

Hakak semakin hari semakin sibuk.. and to cut it short, parents dan abang hakak duduk dirumah KL ni bersama hakak. So memang hakak dah lama lah tak balik Kuala. Sebab depa ada kat KL ni.

Jadinya, hakak dah lama tak balik Kuala Kangsar. Ada dekat 4 tahun jugak kot tak silap. Lepas tu, diorang dah nak stay dekat Kuala semula. Bila macam tu, memang hakak akan balik la cari ketiak mama. 🤣

PEKAN YANG MAKIN MODEN

Masa balik Kuala time tu, Ya Allah perasaan dia macam pergi Paris oii!! Orang perak kata “peghak” maksudnya teruja. Mana tak nya?! Dah moden dah pekan Kuala masa tu. Siap dah ada 7E dan Watson masa tu.

Lepas tu, ada satu pasaraya ni nama dia dulu Fajar sekarang dah bertukar owner jadi The Store. Masalahnya sampai sekarang hakak duk panggil pasaraya tu Fajar. Tak boleh nak ubah dah. Haaa! Sape orang Kuala memang tau lah kan Fajar ni very the popular zaman-zaman dulu.

BANDAR BERSEJARAH

Terlalu banyak bangunan di Kuala Kangsar ni yang penuh dengan sejarah, salah satunya bangunan sekolah menengah hakak dulu. RPK (Sekolah Menengah Raja Perempuan Kelsom). Dulunya ialah rumah J.W.W Birch. Dimana J.W.W. Birch merupakan Residen British yang pertama di Perak yang dilantik pada November 1874. Disebab kan ramai yang tak puas hati dengan sistem tersebut, J.W.W Birch ni dibunuh masa dia tengah mandi.

Pintu masuk utama sekolah RPK.

Bangunan utama RPK yang dulunya rumah J.W.W. Birch

Ish! Seram pulak cerita hal zaman-zaman dulu. Tapi memang serious sekolah hakak dulu memang seram sikit. Dan bangunan memang antik gila. Ceritanya, kalau habis waktu sekolah, memang semua orang akan balik ikut time betul lah. Takde nya nak lepak-lepak lama dalam class. Huhu. Kalau nak cerita apa yang orang nampak dan hakak pun nampak benda memang tak habis cerita kat sini nanti.

Gambar kat bawah ni pulak, kalau korang perhatikan dekat tangga sekolah hakak dibawah ni, terdapat tarikh-tarikh yang tertulis dekat situ kan? Haa!! Itu adalah tarikh-tarikh kejadian banjir besar yang terjadi di Kuala Kangsar.

Tangga tanda banjir di sekolah RPK.

Jam Besar Kuala Kangsar tenggelam.

Jam besar Mercu Kuala Kangsar.

Sape-sape orang Kuala mesti akan selalu sebut benda ni bila ada pertelingkahan antara kawan ke atau adik-beradik.

Yelah!!! Ko lah menang! Haaa!! Pergi lah ambik Jam beso tu!!!

Itu lah jam beso yang kami maksud kan. Hahaha! Unik kan cara kami melawak? Hehe!

Pada zaman banjir dulu kala tu, jam beso ni pernah tenggelam sampai tinggal yang dekat muncung atas tu je. Masa tu mama cerita, diorang naik sampan lah kalau keluar rumah. Fuh! Legend sungguh! Banjir ni selalu jadi pada zaman dulu. Maybe sebab cara saluran air tu tak berapa nak okay kot. Tu yang senang banjir. Sekarang dah takde dah. Cuma ada beberapa kali je banjir tapi tu pun tak tinggi sangat. Dekat bahagian bawah lembah tu yang naik airnya.

So settle lah cerita serba sikit pengalaman hakak dan keterujaan hakak tentang kampung sendiri. Kalau nak pergi Kuala Kangsar, pasti kan pergi dekat tepi sungai bawah lembah tu tau. Pergi makan laksa ke, cendol ke, popia stesen ke, ABC ke. Eh macam-macam lah lagi!!!

Okay teman dah habeh cehgiter. Teman nak tido kejap. Assalammualaikum semua!

Elliza orang Perak.

💋XOXO💋

Filed Under: Family, Life, Parenting

Previous Post: « Toiletries. Penting Ke Masa Kita Travel?
Next Post: MERAIKAN KERAIAN YANG UNTUK DI RAI »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • ADUH GELINYA!
  • RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS
  • HANTU DURIAN
  • CARA KAUM HAWA BAWA KERETA
  • JAUHI MEDIA SOSIAL KETIKA MARAH

Recent Comments

  • AkulahDuniaku on SPORTS DAY CEKODOK HAMBA
  • AkulahDuniaku on LELAKI KIRIMAN KARIPAP
  • AkulahDuniaku on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Ellie Rahman on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Siti norshila binti othman on Busuknya Rumah Kau Jah!

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Beauty
  • Business
  • Family
  • Health
  • Life
  • Make Up
  • Parenting
  • Singing
  • Skin
  • Travel
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Elliza Razak on the Foodie Pro Theme