Setiap orang mesti ada favourite color tersendiri. Betul tak? Kalau macam hakak ni, hakak suka dan berjiwa sangat kalau warna Pink ni.
Ni baru sikit Pink nya ๐คญ
Hakak dari kecil suka sangat mengenakan pakaian warna pink. Kadang-kadang bukan baju je. Barang-barang semua kalau boleh nak warna pink. Nampak mengada.ngada kan pinkish-pinkish ni. Tapi bukan mengada dikkk. Hakak cuba jugak try warna lain. Dia tak begitu “masuk” dalam jiwa hakak ni. Dan kadang-kadang boleh rasa down tak tentu hala.
Pilihan warna dalam life hakak ni kalau takde pink, hakak akan pilih purple. Tu jelah. Haahaha!
So, kalini cuba kita tengok sikit apakah yang boleh dilakukan oleh warna terhadap diri kita. Mana lah tau, ciri-ciri tu akan membuatkan kita lebih berkeyakinan. Dan bila kita ada keyakinan yang tinggi, kerja dan hari kita pun akan productive tau secara tak langsung.
Cuma satu je. Jangan percaya sebijik-sebijik pulak sangat bila baca maksud-maksud warna ni. Mungkin ada yang lebih kurang sama dengan anda. Sat lagi jadi khurafat pulak duk percaya benda-benda gini. Ya ampun… ๐คฃ
MERAH โค
Merah ni merupakan color yang kuat. Selalunya ciri-ciri warna ni dikaitkan dengan kekuatan, cita-cita, kuasa, kawalan, tenaga fizikal, kepimpinan, keinginan seks,kegembiraan, dan kalau bersemangat tu memang lain macam semangatnya bagaikan letupan gunung berapi yang meletus.
Warna merah ni jugak kalau korang perasan, selalu di rasa sebagai warna penggoda. Jangan la pulak pakai masa nak menggoda laki orang. Nanti tak pasal-pasal kena sauk dengan cangkul.
Negative side pulak, warna merah ni selalu dikaitkan dengan kemarahan. Dan jika terlalu banyak merah, boleh menyebabkan rasa tak selesa, rasa marah,rasa semak dan sebagainya.
Jangan pakai warna merah time korang tengah rasa nak marah. Mungkin sikit sebanyak akan mempengaruhi mood korang nanti.
ORANGE ๐งก
Warna orange pulak selalu dikaitkan dengan kreativiti,rasa happy,keyakinan,sejenis yang suka aktiviti sosial dan suka bersukan. Dan disamping tu, dengar kata warna ni boleh merangsangkan semula feeling atau mood korang. Dari rasa murung, boleh jadi ceria. Kalau rasa diri tu murung, tenung lah lama-lama sikit tau warna orange ni.
Lagi satu, dalam buku yang hakak baca itu hari mengatakan yang warna ni boleh bantu kurangkan perasaan rasa rendah diri tu. Boleh jugak kurangkan rasa kedukaan dalam diri. Perasan tak yang kalau orang nak mintak maaf dekat pasangan dan bagi bunga rose, mesti rose color orange. Tanda mintak maaf. ๐
Personaliti bagi peminat color orange ni salah satunya ialah boleh menjadi sahabat yang baik yang suka tolong orang dan juga boleh menjadi pasangan yang menarik. Arrrrrr… ๐คญ
Elakkan berada dalam ruangan yang dinding nya color orange kalau uols nak berehat. Sebab nanti tak boleh nak rest sebab kita akan rasa active semacam.
KUNING ๐
Warna kuning ni ceria dan terangnya macam matahari yang bersinar kan? Nak tau tak yang warna ni boleh membangkitkan rasa kegembiraan? Yaa betul haihhh..
Ciri-ciri kuning ni lebih dikaitkan dengan pemikiran yang baik, optimistik, bijak berkomunikasi, keyakinan yang tinggi, suka bebas, aktif, pandai memujuk, tak selfish, boleh dipercayai dan berfikiran terbuka.
Lepas tu kalau korang perasan, penggemar warna kuning ni dia punya circle of friends pun lebih kurang jugak perwatakan diorang tapi mereka sesama sendiri tak kan bergantung sesama sendiri sebab mereka ni punya keyakinan tinggi dari normal.Selalu orang suka warna kuning ni jenis yang suka tampak kemas dan style.
Okeh! Bad side pulak ialah, mereka ni jenis suka tak sabar dan boleh menjadi terlalu emosional tak tentu hala. Tips sikit ; Jangan cari pasangan suka warna kuning tau. Hahaha.. Okay gurau jer… Jangan ah serious geng!! Kihkih..
Kajian saintifk mencadangka warna kuning ni tak berapa sesuai untuk letak dalam bilik anak kecil. Sebab nanti boleh menyebabkan anak tu kuat menangis dan cepat marah. So tak payah lah pergi tepek jugak warna kuning tu dalam bilik anak ya.
MERAH JAMBU ๐
Haaa.. Sampai jugak dekat warna pink/merah jambu ni. Hehehe…
Okay warna pink ni selalu dikaitkan dengan kelembutan, kasih sayang, kemanjaan, kewanitaan,sensitiviti dan “kecomelan”. (Hahahha!! Ni hakak tambah. Rasa nak pukul tak?) ๐คฃ
Selalunya pink ni dikaitkan dengan rasa yang perlukan kasih sayang, perlu rasa disayangi, perlindungan, lebih suka kepada keadaan dan kawasan yang selamat dan tiada ancaman. Tapi silap lah dik.. Dunia ni penuh pancaroba. Hati kena kental walaupun suka Pink tau dik.๐คญ
Bad side of Pink pulak dalam penulisan, dikaitkan dengan keanak-anakan, penghargaan diri rendah, dan mudah berubah-ubah. Allah.. Jauhkan lah bnlenda-benda ni dari hakak.. Fuh kanan! Fuh kiri!!
Kalau terlalu banyak Pink boleh merendahkan semangat , rasa lemah, lesu dan rapuh. Omaigosh!! Rapuh macam biskut semperit ke uols? Takutttt….
Hitam ๐ค
Warna hitam ni melambangkan kesugulan, rasa murung, rasa keliru, ketakutan, misteri dan negativity. Penggemar warna hitam ni selalunya tekun buat satu kerja tu sampai siap dan selalu utamakan kesempurnaan.
Sifat orang yang suka warna hitam ni diorang lebih suka memendam sesuatu dalam diri sendiri dan sejenis yang tak suka diusik. Alaaaaa… Payah lah nak gurau-gurau dengan penggemar hitam ni lepas ni. Suka meletakkan satu wall antara orang lain. Tak suka orang ambil kesempatan pada diri dan suka moody.
Good side pulak ialah, mereka ni boleh buat kerja dengan lebih baik dalam keadaan tertekan atau time tengah stress. Huishh.. Best gila!!!!
Pada kebanyakan orang, warna ni membuatkan mereka rasa selasa sebab dapat menyembunyika diri daripada dunia luar. Bukan takat tu je. Yang bestnya sebab dapat sembunyikan lemak badan ni jugak tau. Kahkahkah!!!!
Okay cukuplah 5 warna dulu kita taruh sini. Nanti ada rezeki, hakak sambung color-color yang seterusnya ya?
Okay Chow Chin Chou!!!
Gadis Yang Gemar Pink Color
Elliza Razak
๐xoxo๐
Leave a Reply