• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Elliza Razak

  • Home
  • Siapa Elliza?
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • INTEREST
    • Family
    • Parenting
    • Make Up
    • Business
    • Singing
    • Skin
    • Travel
    • Health
    • Beauty
    • Life
You are here: Home / Beauty / CARA KAUM HAWA BAWA KERETA

CARA KAUM HAWA BAWA KERETA

1 May 2019 by elliza Leave a Comment

Assalammualaikum warga Malaysia. Sihat? Moga semua ceria-ceria selalu.

Dikala jalan jammed tepu gila di kota raya tak kisah lah di pelusuk negeri mana pun, mesti korang duk perhati je kan pemandu-pemandu sekeliling korang? Kadang-kadang kelakar kan? Especially kaum wanita la kan? Biasalah kami ni special. Kahkah!!! Jom kita tengok gelagat mereka.

MAKEUP AND DRIVE

Salah satu gejalanyang sering kaum wanita buat dalam kereta. Tak kira lah time jammed ke atau tengah parking ke. Kalau parking tu takpe lah jugak , sebab kereta memang tak bergerak. Kalau yang tengah berjalan sekejap-sekejap tu. Mau tercocok biji mata kalau tengah pakai maskara tu nanti. Bahaya.

MENYANYI MACAM TENGAH PERFORM

Bab nyanyi macam tengah buat concert sendiri tu memang selalu lah. Hakak pun begitu jugak bila duk hadap jammed. Ya allah! Stress wey kalau sangkut lama dalam traffic. So tu salah satu cara nak bagi kita happy lah. Cuma masa nak nyanyi tu agak-agak lah. Jangan sampai kereta sekeliling dengar. Cover sikit please… 🤣

MENGGALI “LOMBONG EMAS”

Hambik kau! Hat yang ni hakak kurang berkenan. Bukan kata hakak pun tak buat. Amboih malaikat ke hakak ni? Hahaha! Cuma jangan la gali beriya sampai tak rasa yang takde orang yang memandang. Yang lagi menggelikan bila gali sambil makan balik najis hidung itu. Oh mai gosh! Euwww!!!! Untuk cara yang lebih sopan, apa kata amik tisu, tunduk dan gali sedalam yang mungkin. Lepas tu buang elok-elok dalam plastik. Kan lebih manis begitu.

SELFIE

Sampai muncung-muncung dua gadis ni selfie kan? Ya!!! Kita pun sama nyah! Huhuhu.. macam-macam aksi kita duk selfie dalam kereta masa jammed. Tapi ingat, jangan sampai cabut seat belt tau untuk posing yang konon-konon nak paling extreme. Sat gedegang dengan kereta lain. Apa pun tak dapat.

MEMBEBEL TAK HENGAT

Ini antara style yang paling negative lah. Punya lah marah dekat sekeliling kereta yang banyak-banyak tu. Takde kak, masalahnya, adakah dengan perbuatan marah yang melampau sekali arung dengan makian bagai boleh membuatkan kereta anda meluncur laju kehadapan? Tak dapek lah! Sama je. Nak buat macam mana. Dah jammed kan? Hadap saja lah. Dah tak payah marah-marah. Sebab kaau marah sat lagi membawa ke office kemarahan itu. Kan dah spoiled hari anda?

Sape yang biasa buat perkara di atas baik mengaku cepat! Hahaha! Hakak pun pernah jugak buat. Tapi tak selalu lah sebab dari rumah nak ke office tu dekat je. Tak sempat nak marah ke hape ke. Mood pagi-pagi lah especially kena jaga. Kalau tak rosak hari hakak nanti. Kerja pun lintang pukang nanti jadinya.

Okay so, esok kita cuba elakkan dari melakukan aksi-aksi bahaya yang melalaikan ketika kita bawak kereta tau. Risau nanti “tercium” bontot kereta depan pulak. Dah terbang duit uols. Mesti murung kan lepas tu?

Sebab hakak pernah rasa dulu. Naik kereta cousin jenis Mini Cooper, lepas tu kami nak record video konon-konon buat video clip lagu Westlife tau. Tak sampai beberapa minit GEDEGANG!!!! tercium kereta depan. Ya Allah rasa nak menangis. Sebab masa tu takde kerja lagi. Jenuh korek duit tabung RM500 sorang nak repair depan kereta dekat bengkel sebelum kena sound dengan pak sedara.

Sesal dulu pendapatan, Sesal kemudian tiada guna, Padan muka.

Sekian pantun 3 kerat dari hakak untuk pemandu diluar sana. Hati-hati ketika dijalan raya! Terutama ramai yang nak balik kampung sempena nak puasa ni kan?

Take care guys!

Elliza Yang Tak Suka Memandu (nasib baik ada suami boleh drive 😜)

💋XOXO💋

Filed Under: Beauty, Health, Life, Make Up, Singing, Travel

Previous Post: « JAUHI MEDIA SOSIAL KETIKA MARAH
Next Post: HANTU DURIAN »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • ADUH GELINYA!
  • RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS
  • HANTU DURIAN
  • CARA KAUM HAWA BAWA KERETA
  • JAUHI MEDIA SOSIAL KETIKA MARAH

Recent Comments

  • AkulahDuniaku on SPORTS DAY CEKODOK HAMBA
  • AkulahDuniaku on LELAKI KIRIMAN KARIPAP
  • AkulahDuniaku on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Ellie Rahman on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Siti norshila binti othman on Busuknya Rumah Kau Jah!

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Beauty
  • Business
  • Family
  • Health
  • Life
  • Make Up
  • Parenting
  • Singing
  • Skin
  • Travel
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Elliza Razak on the Foodie Pro Theme