• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Elliza Razak

  • Home
  • Siapa Elliza?
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • INTEREST
    • Family
    • Parenting
    • Make Up
    • Business
    • Singing
    • Skin
    • Travel
    • Health
    • Beauty
    • Life
You are here: Home / Health / HANTU DURIAN

HANTU DURIAN

2 May 2019 by elliza Leave a Comment

Tengok tajuk je pun hakak dah terliur ni. Hahaha! Hello guys! Bertemu kembali kita di episode yang baru. Acewah!

Nak tanya, siapa peminat setia durian? Hakak ni boleh dikatakan HANTU DURIAN jugak tau. Cuma bermusim lah. Sejenis bila orang ahak makan durian je, seboleh-boleh tak mau tolak.

Harini hakak bersama beberapa kawan hakak dimana mereka jugak adalah agent hakak, lepas kami berkerja sambil makan-makan di restoran seberang office hakak, tiba-tiba timbul pulak perasaan nak makan durian. Kedai durian dekat depan office kami je. Sempoi kan? 😜

Kita review sikit lah pasal kedai yang super ohsem ni. Terletak di Taman Tun Dr Ismail. Nah alamat penuh so nanti senang nak waze.

179 Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, 60000 kuala Lumpur.

https://maps.google.com/maps?bih=719&biw=414&client=safari&prmd=imnv&hl=en&um=1&ie=UTF-8&fb=1&gl=my&entry=s&sa=X&ftid=0x31cc493a47e783b7:0x2a25c0f74f2631e9&gmm=CgIgAQ%3D%3D

Kedai ni akan bukak petang sehingga tengah malam. Memang waktu yang sesuai lah kan untuk kita bedal makan durian yang super sedap lembut lemak manis.

Macam tadi yang ada jenis durian ialah jenis Udang Merah. Hakak suka yang rasa manis dan lemak manis. Ada jugak orang yang suka makan durian yang rasa pahit-pahit tu kan? Hakak is cannot. Nanti terkeluar balik. Haha!

4 biji durian jugak lah tadi kami bedal, disulami dengan air kelapa yang fresh bukak dari buah dia. Fulamak! Marvellous! Sambil-sambil hakak dan agent hakak buat kerja, sambil-sambil tu jugak lah kami layan durian. Indahnya perasaan tadi tu. Next time nak repeat lagi lah! Hihi!

Dekat sini bukan je jual durian semata-mata. Tapi ada jual menu lain jugak iaitu Cendol Durian. Hakak kurang suka kalau makan cendol. So tak jadi favourite hakak lah. Tapi orang lain suka. Ikut tekak masing-masing lah kan. Nah tengok rupa yang mengiurkan ni.

Dah dah dah! Lap air liur yang tengah meleleh tu sekarang! Hahaa! Terima kasih lah banyak-banyak pada salah sorang agent hakak belanja makan durian harini. Murah rezeki kakak sorang ni yang bernama Kekli.

Ni adalah sebahagian dari team hakak. Dari kiri nama dia Zaki. Single lagi. Comel je dan sangat penyayang orangnya. Dah ibarat macam adik dah. Dua dari kiri tu lah Kekli. Kekli ni sejenis suka tolong orang. Tapi gila-gila sikit walaupun dia dah pangkat kakak-kakak. Enjoy sungguh bila dia ada. Sebelah tu pulak nama dia Awin. Nampak je kecik. Tapi anak dah tiga ketoi oi! Comel je halus. Dia adalah seorang wanita yang baik gila dan sangat-sangat tabah. Dan kami sejenis automatically cakap loghat Perak sebab dia pun asal Perak jua. Sebelah hakak tu suami hakak lah! Sape lagi? Huhu! Nama dia Khairul Adzwan. Panggil Kerol je. Okay tak boleh cerita lebih-lebih. Haha! Mereka semua ni adalah TopSale dalam team hakak. Semangat depa hebat oi! Love u guys lah!

PETUA SEJUKKAN BADAN LEPAS MAKAN DURIAN

Ada beberapa cara untuk sejukkan badan. Yelah, makan durian ni boleh panas dalam weyh! Sape tak tahan tu yang boleh muntah-muntah.

1. LETAK AIR MINERAL DI KULIT DURIAN

Rasanya ramai kot tau petua ni. Lepas makan, korang jangan buang kulit durian tu. korang letak air mineral dan biar dalam 2 minit, terus minum direct dari kulit durian tu. Try lah. Ada yang serasi. Ada jugak yang sama je takde kesan. Tengok pada badan korang jugak sebenarnya.

2. MINUM AIR KELAPA

Hakak baru je lepas buat petua tu tadi. Lepas makan durian, hakak minum air kelapa fresh. Memang kurang rasa panas dalam badan ni. Suami hakak dah menggelupor dah kepanasan sebab dia minum air biasa je. Kesian dia.

3. MINUM “AIR BADAK”

Air ni boleh beli dimana-mana pasaraya, 7E dan sebagainya. Botol kecik je. Minum lah, inshaallah hilang rasa panas dalam tu. Belum try belum tau kan?

Banyak lagi tempat-tempat yang korang boleh pergi makan durian yang “cantik” isinya dan dijamin berkualiti. Salah satu nya di SS2 yang popular jugak selain TTDI ni. Time beroperasi pun sama jugak lebih kurang.

Kenapalah durian ni sesuai makan di malam hari ya? Agaknya sebab malam sejuk kot. Kalau siang tengahari panas gedegang, memang panas teruk lah kita yang bedal durian ni agaknya. Huhu.

Okay sampai disini sahaja cerita pasal durian. Hakak tak mau sambung dah. Nanti kejap lagi hakak curi-curi keluar pergi cari durian karang naye weyh!

Elliza Si Pencinta Durian dan Awak.

Chia Chia Chia!

💋XOXO💋

Filed Under: Health, Life, Travel

Previous Post: « CARA KAUM HAWA BAWA KERETA
Next Post: RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • ADUH GELINYA!
  • RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS
  • HANTU DURIAN
  • CARA KAUM HAWA BAWA KERETA
  • JAUHI MEDIA SOSIAL KETIKA MARAH

Recent Comments

  • AkulahDuniaku on SPORTS DAY CEKODOK HAMBA
  • AkulahDuniaku on LELAKI KIRIMAN KARIPAP
  • AkulahDuniaku on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Ellie Rahman on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Siti norshila binti othman on Busuknya Rumah Kau Jah!

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Beauty
  • Business
  • Family
  • Health
  • Life
  • Make Up
  • Parenting
  • Singing
  • Skin
  • Travel
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Elliza Razak on the Foodie Pro Theme