• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Elliza Razak

  • Home
  • Siapa Elliza?
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • INTEREST
    • Family
    • Parenting
    • Make Up
    • Business
    • Singing
    • Skin
    • Travel
    • Health
    • Beauty
    • Life
You are here: Home / Business / Mudahnya Menjemput Rezeki

Mudahnya Menjemput Rezeki

17 April 2019 by elliza 2 Comments

Assalammualaikum semua. Haluuu.. sihat ke harini? (Haha terasa macam instafemes pulak tulis begini. Kihkih.) Harap ada lah followers yang rajin mentelaah seketoi-seketoi cerita hakak kat dalam “rumah” hakak ni ya.

Ceritanya harini, pasal REZEKI. Mungkin rata-rata orang selalu asyik fikir yang rezeki ni datang dalam bentuk wang kan? Isk materialistik betul lah korang ni. Kahkah!!

REZEKI ni datang dalam pelbagai cara. Dapat jumpa orang dan kawan yang baik tu adalah rezeki. Badan sihat selalu pun adalah rezeki. Dapat makan nasi dengan telur goreng ketika duit takde pun namanya rezeki. Dapat bangun setiap pagi tu rezeki jugak.

Jadi kat sini apakata kita amalkan cara-cara yang mudahnya untuk kita dapat rezeki yang serupa ini.

1. Doakan Kesejahteraan Ibu Bapa

Ini adalah paling “core” sebenarnya yang kita harus ingat setiap saat. Ibu bapa kita ni ialah keramat hidup kita. Merekalah yang akan sering doakan untuk kita dunia dan akhirat. Jangan sesekali sakiti hati mereka. Jangan sesekali menyusahkan mereka. Malah kita berbuat baik sehabis baik pada meeka tak kisahlah sama ada benda yang paling simple. Contohnya bila mereka mintak kita buat sesuatu. Jangan derhaka.

2. Bersedekah Dengan Ikhlas

Ringan-ringankanlah tangan kita untuk menghulurkan bantuan dari segi makanan ke atau pun pakaian pada orang yang betul-betul memerlukan. Sebenarnya baginsedekah dekat orang yang selalu dilereng-lereng jalan yang menjual keropok dan sebagainya itu pun adalah salah saunamalan yang sangat mulia.

Macam sekarang ni kan kita selalu je nampak post-post di FB ataupun Instagram jikalau ada orang diluar sana meminta bantuaan macam anak kecil sakit dan perlukan kos rawatan yang tinggi. Haaa.. dengan cara tu pun kita boleh bersedekah walaupun seringgit dua tau.

Tapi yang penting sekali ialah, bila kita bersedekah, kita tak perlu nak war-war kan pada seluruh dunia. Nanti sia-sia je sedekah kita tu. pahala burn begitu saja. Tu para ulamak lah yang bercakap. Hakak dengar dan hadam je. Heheh.

3. Bersyukur

Sentiasa bersyukur walaupun kita berada dalam keadaan yang susah. Memang nampak payah kan? Tapi cuba kita buat. Buat yang sungguh-sungguh tau.

Cuba kita fikir, kita ni susah kan? Tapi tau tak yang ada orang lain diluar sana yang lagi susah dari kita. Jadi jangan lah merungut. Lagi kita merungut, lagi jauh lah rezeki kita nak sampai. Percaya lah weyh!

4. Tekun Berusaha

Ni hakak bagi contoh lah. Kalau disebut tekun dan berusaha tu more to buat business kan? Haa lebih kurang lah.

Allah swt pernah bersabda. Bahawasanya Dia nak tengok umatnya berusaha sungguh-sungguh dan tidak mengeluh. Sebab Dia nak tengok kita ni kuat ke tidak. Boleh tahan ke or tak.

Kalau korang perasan, bila korang usaha sungguh-sungguh, Allah set bagi kita rezeki dengan mudah sekali. Dan apa yang kita lakukan semua Inshaallah menjadi je. Macam di permudahkan lah urusan kita walaupun “target” yang kita nak tu tak tercapai lagi. So usahalah. Jangan malas untuk mencapai sesuatu kejayaan tu.

Kejayaan tu akan tiba. Cuma kena banyak bersabar dan gigih.

5. Sering Mendoakan Orang Lain

Ya betul. Bukan takat kita doa untuk diri sendiri je. Selalulah kita doakan orang lain. Doakan untuk adik beradik, kawan-kawan, negara dan macam-macam lagilah. Bila kita selalu berkata-kata tu pun ibarat doa tau. Jadi kena jaga setiap apa yang kita sebutkan dalam hidup ni. Jangan mendoakan orang lain jahanam sudah lah brader. Huhu….

Simple kan? Beberapa cara yang korang boleh amalkan dalam kehidupan. Hakak tak lah alim mana pun. Tapi benda-benda ni very basic. Follow je.

Hakak selalu baca buku Mudahnya Menjemput Rezeki ni dikala hakak rasa down ataupun masa lapang lah. Banyak input yang hakak belajar. Tapi tulah korang. Sebenarnya semua ni adalah basic sangat-sangat. Cuma kita sendiri je tak buat. Jahilnya kita semua ni kan? Hmmmm.. okay jom berubah lah.

Moga-moga kita semua dimurahkan rezeki dari segala sudut dan pihak.

Nah hakak selitkan. 5 zikir yang boleh kita amalkan setiap hari.

Good nite dan Assalammualaikum

💋xoxo💋

Filed Under: Business, Family, Life

Previous Post: « 5 Cara Menghilangkan Sakit Kepala
Next Post: Aura Warna Boleh Ubah Tahap Keyakinan Diri »

Reader Interactions

Comments

  1. Ellie Rahman

    22 April 2019 at 6:53 am

    Tq Elliza atas perkongsian menarik ni. Sangat bermanfaat.

    Reply
  2. AkulahDuniaku

    22 April 2019 at 8:07 am

    Tenkiuu for the sharing.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • ADUH GELINYA!
  • RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS
  • HANTU DURIAN
  • CARA KAUM HAWA BAWA KERETA
  • JAUHI MEDIA SOSIAL KETIKA MARAH

Recent Comments

  • AkulahDuniaku on SPORTS DAY CEKODOK HAMBA
  • AkulahDuniaku on LELAKI KIRIMAN KARIPAP
  • AkulahDuniaku on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Ellie Rahman on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Siti norshila binti othman on Busuknya Rumah Kau Jah!

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Beauty
  • Business
  • Family
  • Health
  • Life
  • Make Up
  • Parenting
  • Singing
  • Skin
  • Travel
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Elliza Razak on the Foodie Pro Theme