• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Elliza Razak

  • Home
  • Siapa Elliza?
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • INTEREST
    • Family
    • Parenting
    • Make Up
    • Business
    • Singing
    • Skin
    • Travel
    • Health
    • Beauty
    • Life
You are here: Home / Family / PERIHAL ANAK KECIL

PERIHAL ANAK KECIL

10 April 2019 by elliza Leave a Comment

Assalammualaikum guys. Ya Allah bersawang teruk blog hakak ni. Mohon maaf ya.

Kalini hakak nak bercerita sikit perihal anak-beranak. Hakak faham, ibu bapa diluar sana mesti mengalami masalah yang sama. Sebenarnya nak dikatakan itu adalah “masalah” tidak juga. Tapi dia lebih kepada cara menanganinya.

Alhamdulillah hakak dikurniakan dua “cekodok” (anak kecil) yang sangat menggembirakan hakak. Tapi tulah, kami bergelak ketawa bukan lah setiap saat. Ada saja masa hakak berubah menjadi Hulk dikala mereka berdua ni tengah membuat projek-projek yang menyakitkan mata bersama.

Anak kecil ni boleh diibaratkan sebagai kain putih. Kalau kita tuang cat warna merah, merah lah dia. Kalau warna biru, birulah dia. Memang budak-budak ni akan ikut seketul perangai dan cara orang disekeliling mereka. Kita sebagai parents ni memang akan buat sehabis baik untuk anak-anak kita kan? Tapi kita ada satu masalah dimana kita tak boleh nak kawal persekitaran mereka. Contohnya masa mereka disekolah ataupun di tempat yang ramai orang. Setuju?

Jadi jom kita kaji sama-sama macam mana kita nak tangani masalah ni.

Hakak ada follow seseorang ni yang boleh dikenali sebagai tokoh “Parenting” diMalaysia ni. Expert perihal macam mana kita mak pak ni nak handle anak kecik. Nama dipanggil ialah Ibu Rose. Hakak share sikit lah tau beberapa nasihat dia yang hakak ada follow jugak lah. Tapi kadang-kadang ada jugak time-time hakak rasa tak boleh tahan.. hahahah!! 🤣 Tapi jangan follow hakak pulak yang bab tak tahan tu. Kihkihkih!

PERKONGSIAN IBU ROSE

1. BILA ANAK MENJERIT-JERIT :

💋 Dengan keadaan tenang (tarik nafas dan hembus dulu) , lepas tu kita duduk depan anak yang tengah menjerit tu, dan kita cakap dengan suara yang tenang. Bagitau dekat dia yang tak elok menjerit-jerit macam ni. Nanti orang tak suka. Dan tak manis menjerit-menjerit macam ni. Malu tau. (Ni sesuai bagi anak yang dah faham apa yang kita cakap lah. Tak sesuai untuk baby kecil). Kita ulang-ulang cakap dengan nada yang tenang sambil peluk dia erat-erat. (Tau susah. Tapi why not kita try kan?)

2. BILA ANAK MENGAMUK:

💋 Jangan dipandang dengan size yang kecik tu tenaga diorang ni tak kuat ya. Yang kecik tu lah lagi kuat dari orang besar ni. So, masa tengah meronta-ronta mengamuk tu, kita cepat-cepat rangkul dari belakang dan peluk erat-erat sambil bisik dan cakap lah apa-apa yang boleh menenangkan dia. Jangan di marah pulak. Nanti spoil lah plan nak menenangkan anak tu. Kenapa kita kena rangkul dari belakang? Sebab tangan kaki yang meronta semua tu tadi tengah berada di depan. So takdelah nanti kita di tendang-tendang nya.

3. BILA ANAK TENGAH TIDUR :

💋 Kita duduk sebelah dia dan kita bisikkan dekat telinga dia yang dia ni adalah budak yang baik, budak yang sihat, budak yang lembut hati, budak yang pandai, dan apa-apa sahaja ayat yang baik-baik sahaja. Dia ibarat macam kita install dalam otak mereka lah. Kalau kita repeat je Inshaallah lama-lama mereka akan jadi macam apa yang kita sering sebutkan.

PENGAKHIR KATA

Hakak ni nak ajar lebih-lebih hakak pun tak perfect lagi. Tapi mana yang hakak buat dekat anak-anak ni, hakak kongsi lah serba sedikit. Mana lah tau korang pun boleh follow jugak. Memang payah. Contohnya masa hakak duk tulis blog ni, si kakak yang pakai lipstick tadi tu duk nangis nak tengok phone mommy dia ni. Sabar nakkk sabar… Dah nak habis dah ni… 😅

Apa yang penting, kita percaya je tau dengan apa yang kita follow tu. Sebab kadang-kadang kita ni bukan manusia perfect. Benda simple pun boleh jadi tak tau bila anak ngamuk tak tentu hala.

Okeh chow dulu.

💋xoxo💋

Filed Under: Family, Parenting

Previous Post: « 5 Tips Penjagaan Kulit Muka
Next Post: RAYA TAHUN NI DIMANA? »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • ADUH GELINYA!
  • RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS
  • HANTU DURIAN
  • CARA KAUM HAWA BAWA KERETA
  • JAUHI MEDIA SOSIAL KETIKA MARAH

Recent Comments

  • AkulahDuniaku on SPORTS DAY CEKODOK HAMBA
  • AkulahDuniaku on LELAKI KIRIMAN KARIPAP
  • AkulahDuniaku on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Ellie Rahman on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Siti norshila binti othman on Busuknya Rumah Kau Jah!

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Beauty
  • Business
  • Family
  • Health
  • Life
  • Make Up
  • Parenting
  • Singing
  • Skin
  • Travel
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Elliza Razak on the Foodie Pro Theme