• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Elliza Razak

  • Home
  • Siapa Elliza?
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • INTEREST
    • Family
    • Parenting
    • Make Up
    • Business
    • Singing
    • Skin
    • Travel
    • Health
    • Beauty
    • Life
You are here: Home / Beauty / RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS

RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS

4 May 2019 by elliza Leave a Comment

Hai awak-awak semua. Boleh hakak bertanya? Sesiapa yang baca ni ada masalah rambut gugur tak? Tipu tau kalau kata takde. Hehe.

Rata-rata rakyat Malaysia ni mesti ada masalah rambut gugur. Tak kisah lah pelbagai peringkat umur. Budak kecil sampai ke orang tua ada masaah rambut gugur kan? Kecuali pada mereka yang botak lah. Mana nak gugur nya? Siap-siap dah kena cantas.

Korang percaya tak salah satu punca kita stress ialah masalah rambut gugur ni? Ramai kawan-kawan hakak asyik lah bercerita dan tanya soalan-soalan macam mana nak buat dengan rambut diorang ni especially yang dah bertudung lah. Sebab bila bertudung, laluan udara agak terpekop lah di situ.

Hakak pun mengalami masalah yang sama jugak. Dulu masa free hair pun hakak gugur gak tapi kurang lah berbanding yang sekarang ni bila dah bertudung. So jom kita tengok apa cara-cara yang boleh bantu dan bagi idea dekat kita sama-sama, macam mana nak kurangkan masalah keguguran rambut ni.

MINUM BANYAK AIR

Walaupun hakak tau tak semua yang suka togak air kosong ni setiap masa, tapi memang diperakui bahawasanya, minum air putih dan bertapis ni sangat bagus untuk badan. So kalau nak kukuhkan lagi akar rambut tu, memang kena selau minum dalam 4 – 8 gelas sehari. Supaya air ni boleh memberikan kelembapan pada akar rambut kita. Ala korang anggap jelah macam siram pokok tu. lebih kurang lah persamaan dia. So minum lah air Coway! Hahaha! Sempat promote tetiba. Okay melawak je. 🤣

ELAKKAN PAKAI HAIR DRYER ATAU HAIR IRON SELALU

Dua-dua pemanas ni sangatlah popular di kalangan manusia zaman sekarang. Kalau dulu time hakak sekolah , hakak duduk je depan kipas tu sampai kering rambut. Disebabkan nak cepat kering dan dah wujud kemudahan hair dryer ni, semua orang dah biasa pakai termasuk lah kaum lelaki. Dan jugak hair iron bagi kaum wanita yang tak bertudung. Normal dah kan? Cuma tak bestnya, haba panas ni boleh merosak dan mengeringkan rambut sampai ke akar umbi. Dan masa kita tengah keringkan rambut tu, rambut kita akan kering dan senang untuk “patah” atau pun putus. Tu yang banyak split ends dekat rambut kita. Kejung je kalau dah terlalu banyak kita gunakan hair dryer dan hair iron ni.

Bagi yang tak bertudung tu, hakak masih faham lagi kenapa kena pakai. Sebab nak nampak lebih kemas dan teratur lah kan? Tapi yang bertudung ni. Hair Dryer tu hakak boleh terima lagi. Sebab nak cepat kering kan. Tapi hakk tak boleh terima kalau nak pakai hair iron. Dah kenapa? Bila ikat-ikat balik rambut pun sama je berselirat dalam tudung tu.

JANGAN WARNAKAN RAMBUT

Pewarna rambut seperti yang kita dah sedia tahu, memang akan ada bahan kimia yang kuat untuk melekatkan warna pada helaian rambut kita. Bahan kimia tu bila kita pakai, dia bukan salut dekat rambut je. Tapi dia akan serap ke dalam rambut sampai lah akar rambut kita. So bahan ni tak berapa natural. Memang akan menjadi masalah dengan kulit kepala sendiri.

Tambah-tambah lagi bila katakan contoh lah, nak warna kan rambut baru , tapi warna lama masih ada dekat rambut kita. So, nak hilangkan warna lama tu kita kena bleach rambut dulu. Maksudnya ialah, menggilangkan dulu warna tersebut dengan melunturkan warna yang lama tu. Nak luntur pun kita letak bahan kimia. Nak warnakan semula pun kena letak bahan kimia semula. Dan memang bau pewarna rambut ni sangat lah busuk. Boleh migraine kepala kalau tak tahan tau.

IKAT RAMBUT JANGAN KETAT

Masa nak ikat rambut tu, korang jangan tarik beriya-iya pulak rambut tu sampai cekang kulit kepala. Bila tarik kuat, rambut kita senang nak putus dan tercabut. Jarakkan ikatan tu dari kulit kepala. Dan gunakan getah yang lembut tau. Jangan sesekali guna getah yang orang duk buat ikat plastic makanan tu. Yang hat tu bila nak tanggal bukan main sakit dan susah nak leraikan dari rambut. Confirm bergumpa-gumpal rambut korang tercabut nanti. Ingat, bila kita terlalu tarik kuat rambut kita, lama-lama akar rambut akan jadi lemah dan senang tertanggal.

PAKAI MINYAK PENGUAT RAMBUT YANG SESUAI

Macam-macam minyak dah jual kat pasaran sekarang ni. Cuma korang kena pandai pilih je lah. Boleh je cuba dulu, tapi kalau masih teruk gugurnya, elok-eloknya stop jelah takut nanti akan lebih melarat nanti. Kalau nak cari yang lebih power, korang cari yang ada tulis Tonic.

Semoga tips-tips yang hakak bagi ni, korang boleh amalkan okay? Tak payah nak stress-stress dah pasal rambut gugur tau. Kalau stress karang lagi banyak gugur pulak. 🤣

Jaga rambut elok-elok tau guys!

Tata Titi Tutu ❤️❤️❤️

Elliza Yang Suka Menjaga Rambut

💋XOXO💋

Filed Under: Beauty, Health, Life, Skin

Previous Post: « HANTU DURIAN
Next Post: ADUH GELINYA! »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • ADUH GELINYA!
  • RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS
  • HANTU DURIAN
  • CARA KAUM HAWA BAWA KERETA
  • JAUHI MEDIA SOSIAL KETIKA MARAH

Recent Comments

  • AkulahDuniaku on SPORTS DAY CEKODOK HAMBA
  • AkulahDuniaku on LELAKI KIRIMAN KARIPAP
  • AkulahDuniaku on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Ellie Rahman on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Siti norshila binti othman on Busuknya Rumah Kau Jah!

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Beauty
  • Business
  • Family
  • Health
  • Life
  • Make Up
  • Parenting
  • Singing
  • Skin
  • Travel
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Elliza Razak on the Foodie Pro Theme