• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Elliza Razak

  • Home
  • Siapa Elliza?
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • INTEREST
    • Family
    • Parenting
    • Make Up
    • Business
    • Singing
    • Skin
    • Travel
    • Health
    • Beauty
    • Life
You are here: Home / Family / RAYA TAHUN NI DIMANA?

RAYA TAHUN NI DIMANA?

11 April 2019 by elliza Leave a Comment

Yak yak yeayyy!!!!! Raya dah dekat ni!! 😍

Kome semua dah plan ke nak raya dimana? Hakak belum lagi. Tapi nampak gayanya akan beraya di Kuala Kangsar lah dulu sebab nya parents akak dah berumur dan tak larat nak kemas-kemas rumah dan masak ketupat rendang, sila nikmati kawan, penat memasak malam ke pagi…. (eh nyanyi ke tu? 😜)

Hello… puasa pun belum lagi. Terus fefeeling nak raya kan? Alaa tak salah kan kalau kita nak plan dari awal?

Okeh macam ni. Kita semua ni ada yang masih single, ada yang masih duduk dirumah parents dan ada yag dah berkahwin dan duduk nunbauh dari parents. So kekdah nak beraya tu lain-lain la kan?

Kami suami isteri dari dulu mengamalkan beraya secara bergilir-gilir. Kampung suami di Klang. Kampung hakak pulak dekat Kuala Kansar , Perak. Kira adil lah kan? Selalunya begitulah betul tak? Cuma sekarang ni kena fokus dekat mama and papa di Kuala tu sebab diorang betul-betul dah tak larat.

Dekat atas ni gambar raya tahun lepas. Kami semua adik beradik balik kampung sama time. Sumpah happy gila masa ni. Sebab bukan senang nak kumpulkan satu family yang complete macam ni.

Cuma… tahun ni kami agak bersedih sikit sebab ayah mertua saya dah pergi untuk selamanya. Tahun ni kami tak dapat beraya bersama dah. Mohon semua yang baca ni hadiahkan Al-Fatihah untuk ayah mertua saya Nasir Bin Haji Jupri ya. Kami rindu ayah.. 😭

Disini jugak saja hakak nak story morey kat korang ni. Korang perasan tak ada beberapa jenis orang yang suka beraya diluar negara. Hakak pun tak pasti kenapa. Tapi rasanya mereka nak lari dari kesibukan kota raya agaknya. Setiap kali je raya, dah bersiap-siap beli tiket segala untuk ke luar dari Malaysia. Yang kita ni duk lah sibuk bakor lemang bagai. Takpelah. Lain orang, lain pemikirannya. Asalkan bahagia apa yang dilakukan nya tu kan? 😍

Sebelum puasa nak menjelma ni, apakata kita buat satu checklist untuk persiapan puasa dan raya bagi orang yang nak balik kampung tu. Jom!!!

CHECKLIST PUASA DAN RAYA

1. Nak tempah baju raya? Memang WAJIB untuk ambil tindakan sekarang. Sebab nanti kalau nak tempat time 3 hari lagi raya tu memang korang akan termenung lah duduk depan pintu rumah orang jahit tu nanti. Termenung sampai raya tahun depan. Kihkih!

2. Kalau nak beli kain yang cantik dan price tak harga nok harom sangat, sila lah pergi dimana-mana outlet Jakel di seluruh Malaysia. Dah lah lawa. Murah pulak tu!

3. Kuih raya kalau terlebih rajin, beli lah siap-siap segala bahan-bahan mentah ke, bekas plastic untuk letak kuih, dan barang-barang yang sepatutnya untuk nak buat kuih lah.

4. Masa bulan puasa tu, berjimat cermat lah untuk raya nanti. Jangan ikutkan sangat napsu haloba tu semua nak hantam. Nanti masa raya termenung je duit dah licin diaebabkan belanja sakan napsu mata tu duk beli makanan untuk berbuka sampai terbazir-bazir tak larat nak makan.

5. Pergi hantar kereta service secepat mungkin sebab nanti takut tak sempat nak balik raya on time. Confirm jam gila nanti. Karang kalau kereta rosak tengah jalan acamne? Sendiri jugak susah nanti. Huhuhu…

6. Kuih raya pulak kalau pada yang nak buat sendiri tu, lebih baik lah buat sekarang. Nanti masa pagi raya orang sibuk-sibuk pakai baju catik-cantik nak pegi solat raya,korang semua berselubung dengan tepung dan mentega pulak dekat dapur. Seddeyh!!! 🤣 Kalau yang jenis xkisah sangat pasal buat kuih ni, lagi senang hidup. Kuih tu beli je kat mana-mana kedai jual dekat pasar-pasar Ramadhan tu nanti.

7. Sediakan duit raya seawal yang mungkin. So takde lah jenuh nak mengorek sampul surat masa nak bagi duit raya kat anak kecil nanti. Duit pun kena siap-siap tukar tau. Takut habis duit seringgit dekat bank nanti. Unless lah korang nak bagi sepuloh hengget sorang. Uishh kayaa.. huhuhu..

8. Sehari sebelum raya, pastikan kemas rumah cantik-cantik. Bergotong-royong lah sesama adik beradik. Disamping mengeratkan sillaturrahim, korang boleh hindarkan dari orang membawang pasal rumah korang tu semak macam tongkang pecah nanti kalau tak kemas. Kihkihkih.

9. Pastikan set jam awal masa pagi raya nanti, untuk pergi solat pagi raya tu seawal yang mungkin. Rugi weyh raya setahun sekali. Rugi kalau tak pegi solat raya.

10. Lapangkan dada, tenangkan hati. Nanti masa raya nak mintak maaf kat mak,pak, adik, abang,akak,tok mak,tok pah, mak long, angah pun senang nanti. Takde lah tarik-tarik muka plastic tu. okay? 😅

DENGAN UCAPAN….

Hakak nak mohon maaf pada semua yang pernah mengenali hakak. Tersilap kata, terkasar bahasa, tercubit, tertampar, terkatok dan sebagainya. Dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halal kan makan dan minum tau.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Awal kan hakak fefeeling raya? Hahahaha!!!

Okay chow dulu! Assalammualaikum 🤗

Filed Under: Family, Health, Life, Parenting, Travel

Previous Post: « PERIHAL ANAK KECIL
Next Post: BOSANNYA KEHIDUPAN YANG TIADA WARNA »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • ADUH GELINYA!
  • RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS
  • HANTU DURIAN
  • CARA KAUM HAWA BAWA KERETA
  • JAUHI MEDIA SOSIAL KETIKA MARAH

Recent Comments

  • AkulahDuniaku on SPORTS DAY CEKODOK HAMBA
  • AkulahDuniaku on LELAKI KIRIMAN KARIPAP
  • AkulahDuniaku on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Ellie Rahman on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Siti norshila binti othman on Busuknya Rumah Kau Jah!

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Beauty
  • Business
  • Family
  • Health
  • Life
  • Make Up
  • Parenting
  • Singing
  • Skin
  • Travel
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Elliza Razak on the Foodie Pro Theme