• Skip to primary navigation
  • Skip to content
  • Skip to primary sidebar

Elliza Razak

  • Home
  • Siapa Elliza?
  • FACEBOOK
  • INSTAGRAM
  • INTEREST
    • Family
    • Parenting
    • Make Up
    • Business
    • Singing
    • Skin
    • Travel
    • Health
    • Beauty
    • Life
You are here: Home / Business / SABAR ITU INDAH

SABAR ITU INDAH

14 April 2019 by elliza Leave a Comment

Rata-rata ramai orang tak boleh nak bersabar atas sesuatu masalah yang dia tengah hadapi. Betul tak? Termasuk lah aku ni ha. Kau dan aku sama je, takde beza.

Nak tau tak sebenarnya Allah S.W.T ni menurunkan ujian dia pada insan-insan yang boleh berhadapan dengan masalah tu. Sebab Dia tau kita boleh handle masalah tu. Cuma cepat dan lambat je untuk kita menjadi matang dalam menghandle sesuatu problem tu.

Kalau lah kita tau apa yang “sabar” ni boleh lakukan pada hati kita, mesti kita akan menjadi seorang yang sabar je setiap masa. Dan Allah sendiri bagitau ganjaran untuk orang yang bersabar sangatlah tinggi nilainya nanti.

Okay lah kita bagi contoh situasi.

Kau ada seorang kawan yang nak mintak tolong dengan kau. Tapi caranya macam nak bergaduh. Apa reaksi kita kalau berhadapan dengan orang yang macam ni? Cuba pejam mata dan rasa.

Ataupun lagi satu contoh. Kau ada niat yang murni nak bantu orang lain. Tapi bantuan kau disalah ertikan dan nama kau diburuk-burukkan sehingga orang sekeliling membenci kau tanpa sebab. Apa yang korang akan lakukan?

Ni lagi satu contoh paling musibat lah hakak nak share. Kau ada kawan yang nak pinjam duit. Dan kau pun dengan baik hatinya bagi lah duit tu. Bukan sikit, tapi banyak. By the time dah tiba masa untuk dia bayar balik, dia buat tak tau aje. Yang kita ni pulak segan. So kita mintak pun dah lewat-lewat sikit. Sekali masa kita mintak semula duit kita, kita pulak dimakinya. Bukan takat maki je, siap buruk-burukkan pulak dekat kawan sekeliling. Okay. Mesti pernah kena kan kan kan? 🤣 Sakit hati kan? Kurang hajar betul! Eh sabar Elliza sabar….

Jadi dengan itu, hakak nak share sikit lah beberapa langkah untuk bersabar yang kita boleh praktikkan walaupun kadang-kadang hakak ni naik “tocang” jugak. Huhu.. Kalau okay, korang follow tau.

10 CARA UNTUK BERSABAR GAYA ELLIZA

1. Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan. Buat 5 kali.

2. Tutup mata dan fikirkan benda yang seronok dan benda yang gembira. Contoh, perkara gembira yang kita dah pernah lakukan.

3. Bayangkan kita tengah “mengaut” masalah tu tadi menggunakan tangan kita dan kita letakkan di satu mangkuk yang buruk untuk di buang.

4. Set minda kita bahawasanya apa sahaja yang tejadi, pasti ada jalan penyelesaiannya. PASTI ADA!

5. Alihkan minda kita dari berfikir dengan lebih serabut dengan cara mendengar lagu yang rancak. Jangan dengar lagu sedih. Nanti lagi seddeyh kehidupan kau nak! 🤣

6. Sentiasa INGAT yang ALLAH SWT ITU SENTIASA ADA BERSAMA KITA. Jangan risau. Walaupun orang disekelilimg semuanya sudah tiada. Kita ada Allah untuk kita bergantung. Allah yang tentukan semua.

7. Pergi berjumpa dan dikelilingi dengan rakan-rakan yang positif. Circle Of Friend itu sangat penting untuk kita kawal emosi kita masa tengah fragile tu.

8. Pencilkan diri di suatu sudut yang tenang untuk membuang segala perasaan yang tak best tu.

9. Kalau boleh, pergi ke lereng bukit yang tiada orang atau pun di kawasan lapang yang tiada orang dan jerit lah sepuas-puasnya untuk membuang segala negative vibe di dalam badan untuk kita lebih fokus bekerja.

10. Bukak Al-Quran dan baca. Tak kisahlah sama ada yang baca Al-Quran buku ataupun menggunakan telefon bimbit. Kalau tak pun, bukak ayat-ayat suci Al-Quran dan dengar dengan tenang.

Di atas ni adalah beberapa cara yang hakak selalu amalkan kalau hakak menghadapi sesuatu masalah dirumah atau pun ditempat kerja. Kalau rasa nak try follow, silakan. Lepas tu share tau perasaan koramg dekat komen di bawah ni.

Okay chow dulu.

Assalammualaikum

💋XOXO💋

Filed Under: Business, Health, Life, Parenting

Previous Post: « BOSANNYA KEHIDUPAN YANG TIADA WARNA
Next Post: 5 Cara Menghilangkan Sakit Kepala »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • ADUH GELINYA!
  • RAMBUT GUGUR PUNCA STRESS
  • HANTU DURIAN
  • CARA KAUM HAWA BAWA KERETA
  • JAUHI MEDIA SOSIAL KETIKA MARAH

Recent Comments

  • AkulahDuniaku on SPORTS DAY CEKODOK HAMBA
  • AkulahDuniaku on LELAKI KIRIMAN KARIPAP
  • AkulahDuniaku on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Ellie Rahman on Mudahnya Menjemput Rezeki
  • Siti norshila binti othman on Busuknya Rumah Kau Jah!

Archives

  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019

Categories

  • Beauty
  • Business
  • Family
  • Health
  • Life
  • Make Up
  • Parenting
  • Singing
  • Skin
  • Travel
  • Uncategorized

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Elliza Razak on the Foodie Pro Theme